Selamat Datang di Website Romo Selamat Suwito
Selamat Datang dan Selamat Menikmati Blog Ini

Rabu, 10 Desember 20080 komentar

Jabir Ibn Haiyan, juga dikenali sebagai seorang ahli ilmu kimia dahulukala yang bertujuan untuk mencari jalan bagi mengubah logam-logam lain menjadi emas (alchemist) pada Zaman Pertengahan, digelar Bapa Ilmu Kimia. Nama penuhnya ialah Abu Musa Jabir Ibn Haiyan. Beliau mencipta nama sebagai seorang ahli sains terkemuka semasa beliau mengamal perubatan dan alkemi di Kufa (Iraq pada waktu kini) sekitar 776 C.E.
Pada awalnya beliau di bawah naungan Barmaki Vizier semasa pemerintahan Khalifah Haroon al-Rashid. Jabir meninggal di Kufa pada 803 C.E Sumbangan besar Jabir adalah dalam bidang ilmu kimia. Beliau terkenal dengan lebih 100 hasil karangan dan huraian yang mendalam, 22 di antaranya berkenaan ilmu kimia dan alkemi. Beliau memperkenalkan penyelidikan ujikaji dalam bidang alkemi (berasal dari perkataan Arab, al-kimiya), membina kepesatan pada ilmu kimia moden. Jabir menekankan ujikaji dan perkembangan dalam kaedah-kaedahnya untuk mencapai reproducibility (pembiakan?) dalam kerjayanya.
Beliau memberi perhatian pada usahanya untuk memperkembang kaedah dasar ilmu kimia dan pembelajaran pelbagai mekanisme terhadap reaksi kimia dan justeru menolong memajukan ilmu kimia sebagai sains dari cabang alkemi. Jabir mengasaskan kuantiti tepat untuk berbagai-bagai bahan melibatkan reaksi kimia. Oleh itu, boleh dikatakan beliau membuka jalan pada hukum nisbah tetap (constant proportions). Sumbangannya yang besar dan penting dalam ilmu kimia termasuk kesempurnaan teknik sains seperti penghabluran, penyulingan, pengubalan logam kepada oksida melalui proses pembakaran, pemejalwapan dan penyejatan serta perkembangan kepada beberapa alat untuk menjalankan ujikaji ini. Pencapaian praktikal yang terbesar dilakukan oleh Jabir ialah penemuan mineral dan asid yang pertama kali disiapkannya di alembic (anbique).
Ciptaannya pada alembic menandakan proses penyulingan dan sistematik. Di antara pelbagai penemuannya termasuk persiapan asid nitrik, hidroklorik, sitrik dan asid tartarik. Penekanan Jabir pada ujikaji sistematik amat mengkagumkan. Berdassarkan kerjanya itulah maka beliau dianggap sebagai Bapa kepada Ilmu Kimia Moden. Dalam kenyataan Max Mayerhaff, perkembangan ilmu kimia di Eropah dapat jejak langsung kepada Jabir Ibn Haiyan. Jabir adalah perintis dalam perkembangan beberapa proses penggunaan kimia. Sumbangannya termasuk perkembangan besi waja, persediaan beberapa logam, pencegahan daripada berkarat, penghurafan dalam emas, penggunaan dioksida magan dalam perbuatan kaca, pencelupan kain dan pensamakan kulit, memvarnish kain kalis air, mengidentifikasi cat dan minyak pelicin. Tambahan lagi, beliua memajukan aqua regia untuk mencairkan emas.
Idea ujikaji Jabir itu membuka jalan pada apa yang diketahui sekarang sebagai klasifikasi bahan-bahan seperti logam, bukan logam dan bahanmudah meruap. Beliau membincangkan 3 jenis bahan utama berdasarkan ciri-cirinya: a) spirit iaitu yang menjadi wap jika dipanaskan, seperti champor, arsenik, ammonium klorida, b) logam seperti emas, perak, timah hitam, tembaga, besi dan c) kompound yang boleh diubah seperti serbuk. Tulisan Jabir dalam bidang kimia, termasuk Kitab al-Kimiya, dan Kitab al-Sab'een diterjemah ke dalam bahasa Latin pada Zaman Pertengahan. Terjemahan Kitab al-Kimiya diterbitkan oleh seorang bangsa Inggeris, Robert dari Chester pada 1144 C.E di bawah tajuk "Buku Karangan Mengenai Alkemi". Buku yang kedua diterjemah oleh seorangyang terkenal iaitu Gerard dari Cremona (D. 1187).
Berthelot menterjemah beberapa buku beliau yang dikenali sebagai "Buku perihal Kerajaan", "Buku Perihal Keseimbangan", "Buku Perihal Timur Utarid". Ternyata beliau tidak menggunakan tajuk yang sesuai untuk buku-buku karangan Jabir. Seorang lagi Inggeris, Richard Russel menterjemah dan menerbitkan (1678) sebuah lagi buku Jabir bertajuk "Jmlah Perlindungan". Beliau mengiktiraf Jabir sebagai Geber, seorang putera Arab terkenal dan ahli philosofi. Terjemahan ini begitu terkenal di Eropah dan banyak memepengaruhi evolusi kimia moden. Beberapa perkataan teknikal yang diperkenalkan oleh Jabir seperti alkali terdapat di dalam beberapa bahasa Eropah dan telah menjadi sebahagian daripada senarai kosakata bidang sains. Hanya beberapa di antara buku beliau yang telah diedit dan diterbitkan semula, sementara yang lain dilestari dalam bahasa Arab dan belum diterjemah. Beliau juga menyumbang dalam beberapa bidang sains lain seperti perubatan dan ilmu astronomi.
Silahkan share artikel ini : :
 
Web ini dikembangkan oleh PUSAT MULTIMEDIA
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger